Followers

Saturday, August 14, 2010

Surat khas untuk para suami atau teman lelaki menjelang tayangan TWILIGHT di ASTRO atau dimana2!



Ke hadapan,

suamiku / Buah hatiku/ Teman lelakiku,


1. Dari tarikh 8 JULAI 2010, abang perlu membaca bahagian ENTERTAINMENT dalam mana-mana akhbar supaya abang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Twilight, dan supaya abang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika abang gagal lakukannya, abang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika abang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Twilight, tv akan menjadi milik sayang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika abang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana abang akan menerima balasannya.

3. Jika abang perlu berjalan di depan tv semasa tayangan tengah berlangsung, sayang tak kisah … selagi abang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan sayang.

4. Semasa tayangan berlangsung, sayang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika sayang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap sayang akan mendengar kata-kata abang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Sayanag akan sangat2 berterima kasih jika abang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya sayang dapat kunyah semasa menonton tayangan nanti. Sebagai balasannya, abang akan diberikan layanan nafkah batin secukupnya.
:)

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika abang nampak sayang sedih kerana ROBERT PATTINSON atau TAYLOR LAURTNER, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah tayangan, janganlah emosional sangat sayang nie,” ataupun, “jangan risau la sayang, x mati pun diorang”. Jika abang menyebutnya jugak, sayang akan menjadi bertambah berang dan cinta sayang pada abang akan pudar. Ingatlah bahawa abang tak akan tahu pasal Twilight nie lebih banyak dari sayang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ abang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

7.Tolong jangan perli sayang sebagai contoh perli layan suami malas,layan taylor laurtner rajin, sah2 isteri nusyuz. Ini pedas amat ni kalah wasabi. Jadi, time sayang tengah ralit tengok tayangan tu jangan sesekali sayang cuba naik mimbar baca khutbah atau pasang kaset ceramah Ust Asri bertajuk 'ISTERI SOLEHAH' di sekitar TV tu. Cuba try cari time lain untuk aktiviti amar makruf nahi mungkar itu sebab ketika tengok TWILIGHT, fikiran orang pompuan ni dia tak berapa nak center. Kalau cukup center dia takkan baling pinggan mangkuk yang beli dekat langkawi tu.

8.Abang adalah amat ditegah membuat ulasan TAYANGAN tanpa pengetahuan spesifik lalu kedengaran sangat spastik atau keji sebenarnya. Contoh pertama ulasan tersebut, "haha muka ROBERT PATTINSON tu macam ABDUL LATIP BOBoy" ketika Robert pattinson memeluk Kristen. Contoh2, "Lar apsal la muka cam cibai, ada hati nak jadi vampire." Contoh 3, "Eh badan Lautner tu macam badan Muhammad Faiz Zakaria lah ." Contoh 4, "HAHAHAHA." Abang gelak dekat taylor lautner sebab tak dapat KRISTEN. TAYLOR itu pula lelaki pujaan sayang." Haaa.. jaga-jaga. Tak kena gaya, ada yang makan selipar nanti.

9.Abang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan sayang untuk menonton tayangan TWILIGHT dan abang hanya boleh menegur dan bercakap dgn sayang hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika nafas abang tak berbau!. Sebagai tambahan, sayang hanya kata SATU tayangan sahaja, so jangan pulak abang silap faham dan menganggap TWILIGHT nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

10. Siaran ulangan TWILIGHT di ASTRO adalah SANGAT penting. Sayang tak kisah jika sayang dah tengok atau belum tengok lagi tayangan tersebut, yang PENTINGnya sayang nak tengok banyak –banyak kali.

11. Cakap kat kawan-kawan abang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran sayang kerana :
a) sayang tak akan pergi,
b) sayang tak akan pergi, dan
c) sayang tak akan pergi.

12. Tapi jika ada kawan sayang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton movie TWILIGHT, kita akan pergi secepat kilat!


13. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik cite TWILIGHT nie kua setahun sekali”. Sayang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Tayangan TWILIGHT di pawagam.. muncul pula cd2 cetak rompak!!

P/S
Dan satu lagi, jika kereta abang rosak di mana-mana jalan ketika tayangan berlangsung dia ASTRO atau di mana-mana, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.
Terima kasih atas kerjasama abang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...