Followers

Wednesday, August 18, 2010

Tak puasa, kepoh dekat facebook

Neraka itu hanya untuk orang bongkak macam Firaun. Orang yang berdosa dan bongkak dengan dosanya. Orang yang buat baik dan bongkak dengan kebaikannya dikira dua kali lima.


Hmmm....

Kita ni manusia, bukan monyet. Manusia ni Tuhan bagi akal dan hati ruhani. Dua equipment itu siap build-in dalam diri mamalia peringkat paling tinggi lagi mulia iaitu manusia. Partikel unsur jasad kita masih lagi sel sama macam amoeba, kita berespirasi contohnya berak keluar tahi ikut dubur sebijik macam anjing, kita melakukan proses duplikasi dengan cara bisexual berlendir sama macam orang utan, menyusu anak pun lebih kurang macam orang utan.

Tetapi kita manusia jauh lebih mulia daripada anjing, orang utan, amoeba dan tenuk sebab kita diberi puncak kecemerlangan ciptaan iaitu... conscience - akal, emosi, dan ruhani.

Manusia adalah makhluk terkompleks ciptaan terbaik atau sebaik-baik ciptaan yang mempunyai keupayaan untuk memproses realiti dunia secara logik/saintifik/mantik juga secara empathic. Agar dengan keupayaan itu kita berkebolehan menjadi khalifah atau wakil Allah di bumi - merekacipta, meneroka, memulihara, dan menyebarkan rahmat kehidupan.

Logik itu teori, empathic itu manifestasi. Manifestasi adalah sebenarnya kerja.

Manusia semua berdosa. Tetapi point yang paling penting, Tuhan mahu tengok manusia berdosa mana yang sedar diri. Yang rasa hina dengan dosa. Yang rasa rendah diri serta ada rasa untuk menjadi lebih baik. Yang rasa best dan bahagia dalam hati bila dapat buat baik, tanpa ada rasa mahu riak.

Yang layak masuk neraka adalah spisis Firaun.

Kita semua bukan baik sangat. Ada tempat dan waktu kita lalai. Tetapi kita tahu hal itu dan kita sedar bahawa hal itu adalah salah dan kita tahu malu kalau orang tahu. Kita akui ia sebagai kelemahan justeru kita takut untuk memandai cipta ijtihad sendiri. InsyaAllah, selagi kita ada rasa semacam ini, selagi tidak melibatkan orang lain, Allah akan ampuni dosa kita. Ingat cerita seorang pelacur dan anjing? Okey, ingat tak apa.

Tak puasa itu dosa kawan-kawan.

Walaupun pada persepsi sendiri - yang nipis iman kerana dibesarkan ibu bapa yang melalaikan - bahawa perkara itu bukan apa-apa, tetapi kena tahu dia hidup dalam masyarakat yang mengiktiraf perbuatan itu adalah dosa. Maka, seorang manusia yang berhati baik, dia akan cuba untuk berdiplomasi (emotional wisdom) antara kefahaman masyarakat dan kefahaman sendiri lalu sedar akan diri yang kurang ilmu lalu menjaga mulutnya agar kebodohannya tidak menular ke dalam otak orang sekeliling. Dia jahat tak nak puasa lalu dia makan senyap-senyap bawah katil.

Manusia yang berhati jahat adalah yang bongkak. Orang bongkak adalah orang zalim. Orang zalim adalah orang yang tidak tahu, tetapi dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Sebijik macam Firaun yang menyuruh para arkiteknya membina satu struktur gergasi mencanak ke langit agar dia dapat lihat Tuhan Musa itu bagaimana. Besar atau kecil. Handsome atau tidak. Orang macam ni adalah orang yang bodoh untuk menyedari bahawa dia masih bodoh justeru tiada dia rasa satu keperluan akan bimbingan.

Bodoh kuasa dua.

Justeru. Orang bongkak dia tidak peduli perasaan majoriti manusia dan dia cuba muncul dari celah-celah normal masyarakat itu untuk tunjuk hebat. Dia tak puasa, dia ejek orang puasa bahkan syariat puasa itu sendiri. Dia tidak nampak akan kejahilan diri lalu tidak ada rasa bahawa diri masih kerdil, masih mentah, masih belum tahu walau 0.0000000000001% daripada ilmu Tuhan.

Orang bongkak adalah orang yang mahu kelihatan bagus dan lebih baik. Mempunyai orientasi pemikiran self centered, melihat diri bawah spot light berkilau lantas keburukan-keburukan diri hilang dalam kegelapan yang luas tak bertepi. Tidak pernah dia tahu kebodohan ada di situ lalu dia rasa semua yang dia tahu adalah semua yang dia perlu tahu. Di bawah sinar spotlight yang kecil dan tirus itu, itulah segalanya yang ada.

Orang bongkak melihat orang lain semua bodoh lalu apabila disuruh beriman, dia akan berkata, "apakah aku akan beriman sama seperti orang-orang bodoh itu beriman?" Apabila ditegur untuk berpuasa, dia akan berkata, "apakah aku perlu berpuasa seperti semua orang bodoh itu berpuasa?"

Islam tersebar kepada 2/3 penduduk dunia cuma dalam sedekad atau sedikit lebih. Tidak cukup hebat? Cuba kamu cipta dan sebarkan satu agama at least kepada 1/10,000 penduduk dunia kalau terer. Kalahkan ayah pin. Jangan hanya sembang kencang dalam facebook.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...