Followers

Friday, October 15, 2010

Tanda dia sayang kamu [Khas untuk wanita]

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas.
Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas.
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.
Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu...

Sekiranya menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup.
Situasi ini terang-terangan sudah menjeleskan perkara sebenar.
Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar.
Betapa beruntungnya kamu...

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu.
Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu yang manis untuk dikenang.
Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya.
Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuat hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi nasihat.
Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu.
Jadi, terbukalah mendengar nasihat nya.

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termaksudlah bimbang akan kehilangannya.
Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.
Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.
Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.
Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang.
Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
Janganlah pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada.
Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berwatakan manja.
Hanya untuk orang yang disayangi.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu.
Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melalkukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah.
Beruntungnya!

Kamu mmemberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama.
Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu.
Itu tandanya si dia tidak boleh berjauhan darimu dam kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya..

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama,
"awak masih sayang saya?"
Jangan anggap itu satu persoaalan yang membosankan.
Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamuu kepadanya menjadi luntur.
Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan airmata demi kekasihnya.
Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan airmatanya demi kamu?
Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu...

Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya.
Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untukmu.
Asalkankamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya.
Jadi, HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya.
Berikanlah dirimu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 
Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan san selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari pengganti, alasan kamu dah tak ada hati dan tak serasi, kamu pulak macam mana?
Adakah kamu itu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu?

Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti.
Mungkin pasangan kamu tak sempurna, tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik..
Dan..
Ikhlas itu tak boleh dilihat,tapi boleh dirasa dengan hati..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...