Pada suatu hari datang seorang lelaki muda bertemu dengan rakannya dan bertanya siapakah yang mampu menjawab tiga kemusykilan yang dihadapi. Maka rakannya mengarahkan beliau agar menemui seorang alim yang telah tua, yang tinggal dipendalaman sebuah kampung. Beliau lantas bertanya kepada orang alim tersebut;
“ Wahai tuan, saya ada tiga kemusykilan yang ingin saya ajukan kepada tuan. Ketiga-tiga kemusykilan ini telah saya tanyakan kepada banyak alim ulamak yang terkenal, tetapi jawapan mereka masih tidak memuaskan hatiku”
Dalam hatinya beliau langsung tidak merasa yakin dengan kemampuan orang alim itu, sebaik sahaja melihat penampilan dirinya, berbanding dengan alim ulamak terkenal yang telah ditemuinya sebelum ini.
Orang alim itu terus bertanya mengenai tiga kemusykilan tersebut.
Pemuda tersebut bertanya, benarkah beliau mampu untuk menjawabnya, sedang semua alim ulamak yang ditemui gagal memberikan jawapan yang memuaskan.
Beliau meminta agar didedahkan dahulu 3 soalan tersebut.
Pemuda bertanya, adakah dia perlu bertanya satu soalan demi satu soalan
Orang alim menyatakan beliau boleh utarakan kesemua soalan dan mungkin beliau perlu menjawabnya sekaligus sahaja
Kalaulah benar Allah itu wujud, mengapa Dia tidak boleh dilihat, sebab setiap benda yang wujud tentu boleh dilihat ?
Kalau benarlah Allah itu Maha Bijaksana, mengapakah Allah menjadikan neraka, kemudian menyatakan bahawa syaitan dan iblis akan dimasukkan ke dalamnya, sedangkan syaitan dan iblis diperbuat daripada api. Jadi apalah kesannya apabila dimasukkan api ke dalam api ?
. Kalaulah benar bahawa Allah menentukan qadak dan qadar seseorang, apakah qada’ dan taqdir Allah ke atas dirinya sekarang ini?
Sebaik sahaja soalan ketiga diajukan oleh pemuda tersebut, secara spontan orang alim itu menampar muka pemuda itu dengan sekuat-kuatnya, sehingga menyebabkan pemuda itu menjerit kesakitan dan mengeluarkan kata-kata penghinaan ke atas orang alim tersebut, sambil berkata;
“ Aku bertanya mahukan jawapan daripada engkau, bukannya tamparan yang menyakitkan.”
Melihat gelagat pemuda tersebut orang alim terus menjawab;
“ Sebenar satu tamparanku itu adalah jawapan kepada ketiga-tiga soalanmu tadi.”
Pemuda kebingungan dan masih dalam perasaan terlalu malas, lantas meminta orang alim itu menjelaskannya.
Bagi soalanmu yang pertama
Adakah tamparanku tadi menyakitkan?“ Tentulah sakit” balas pemuda itu?Tunjukkan aku dimana sakit itu agar boleh aku lihat?Mana boleh aku berbuat demikian, kerana sakit itu hanya boleh dirasai tetapi tidak boleh disentuh dan dilihat!Orang alim terus menjawab. “ Begitulah dengan Allah, kita hanya mampu merasai akan kebesaranNya, KebijaksanaanNya, KehebatanNya dan lain-lain lagi, akan tetapi Allah tidak boleh dilihat dengan mata kasar kita!
Apakah anggotaku yang menamparmu tadi.Tanganmu? Sesungguhnya tanganku dijadikan oleh Allah daripada tanah dan tanah ini jualah dia menampar mukamu yang diperbuat dari tanah, tetapi bukankah kamu merasakan akan kesan kesakitannya. Oleh itu tidaklah sia-sia Allah menjadikan api neraka untuk mengazab syaitan dan iblis yang dijadikan dari apa?Pemuda kelihatan amat berpuashati dengan jawapan tersebut.
Terlalu mudah untuk ku jawab..
Adakah pada malam tadi engkau bermimpi bahawa hari ini, engkau akan ditampar seseorang? Tidak, kata pemuda tersebut. Adakah engkau merasakan bahawa hari ini kamu akan ditampar? Tidak, jawab pemuda itu. Maka itulah qadar dan taqdir Allah ke atas dirimu, bahawa kamu mendapat penampar yang hebat dari diriku! Kesemuanya adalah ketetapan dan ketentuan Allah ke atas dirimu!
Pemuda benar-benar kagum dengan kemampuan orang alim tersebut dan seterusnya menjadi seorang yang benar-benar insaf dan kembali ke jalan Allah.
Wallahualam bim sawab . .
No comments:
Post a Comment