Followers

Monday, August 30, 2010

30 perkara perempuan mahu lelaki tahu

*selamat di copy dari fb :)
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Friday, August 27, 2010

Anak Derhaka

Tetiba tengah hari nie teringat program semanis kurma di pengacarakan oleh ustazah Siti Nor Bahyah bersama suami beliau. Panel pada hari tu Dr Fazli dan ibu beliau.. Topik perbincangan anak derhaka.. Sedih mendengar kisah yang diceritakan oleh ustazah..Ramai yang mengambil remeh hal ini, namun inilah realiti masyarakat kita hari ini..Namun begitu, saya tidak sempat mendengar kisah tesebut sehingga habis kerana rancangan yang saya lihat adalah rancangan ulangan sebelum solat jumaat lepas.
Cerpen yang bakal dibawakan membawa hormatilah angajaran untuk kita perlu sentiasa menyayangi ibu bapa kita tidak kira susah manapun keadaan kita..Siapalah kita tanpa ibu dan bapa.. Jesteru dan kasihilah mereka..
Apabila terkenangkan ibunya,dada Aifa mula berombak dan manik-manik jernih mula jatuh berguguran.Hatinya pilu,sedih dan sesalan yang dirasakannya begitu berat umpama dirinya memikul satu batu besar yang bukan saja bisa melondehkan bahunya malah lebih dari itu.Dalam keheningan malam Aifa menghadap Ilahi,berdoa agar diampunkan dosa-dosanya terhada kedua ibu bapanya yang tercinta yang telah pergi menyahut seruan Ilahi,terutamanya dosa terhadap ibunya.Aifa sayu,airmatanya bagaikan tidak dapat disekat lagi,mengalir laju membasahi pipi gebunya.Peristiwa yang bagaikan mimpi ngeri dalam hidupnya menerpa lagi dalam ingatannya.
*******************************
"Aifa,tolonglah fikirkan masa depan kamu nak,"rayu ibunya,Salmah dengan nada yang sayu.Dia begitu berharap agar Aifa sedar akan perbuatannya.Aifa merenung tajam wajah lesu ibunya.Matanya bagaikan bebola api yang kemerah-merahan,sungguh marah dirinya terhadap ibunya."Apalah ibu ni,tak boleh ke Aifa hidup dalam kebebasan?Asyik nak mengongkong je!!Ibu ingat Aifa budak kecik lagi ke??!!,bentak Aifa dengan kasar.Salmah diam tanpa kata.Lidahnya kelu,suaranya bagaikan terlekat di celah kerongkong.Dia hanya mampu memandang lenggok jalan anaknya hingga anaknya hilang dari pandangan mata.
Salmah masih ingat,Aifa dulunya gadis yang lemah lembut,baik budi pekerti dan begitu menghormati orang tua.Walaupun Aifa gadis yang lincah dan periang,kelembutannya masih terserlah sesuai dengan wajanya yang ayu dan suaranya yang merdu bak buluh perindu.Aifa tidak pernah menengking,apatahlagi meninggikan suaranya kepada dia dan arwah suaminya,Afhan.Aifa anak tunggal yang manja dan ditatang bagai minyak yang penuh.Segala kemahuannya dituruti,tambahan pula,suaminya orang berada.Dia dan suaminya melayan Aifa bagaikan puteri,tidak sesekali dijentik mahupun dibiarkan nyamuk hinggap,begitulah kasih saying mereka suami isteri terhadap anak emas mereka.Aifa memperoleh kesenangan dan hidup dalam kemewahan.
Namun,setelah kematian Afhan,anak emasnya mula berubah laku.Aifa menjadi gadis liar.Aifa bukan lagi anak yang patuh arahannya,sifat lembutnya juga hilang ditelan sifat kasar,suka marah-marah dan meninggikan suaranya.Salmah sedar,perubahan Aifa adalah ekoran daripada kematian papanya,Afhan yang amat disayanginya.Kematian Afhan sememangnya memberikan impak yang besar kepada Aifa,mana tidaknya Aifa sememangnya manja dengan arwah Afhan.Aifa kehilangan kasih sayang seorang ayah dan perhatian Salmah sendiri akibat Salmah terlalu sedih tentang kematian suaminya yang tercinta.Berbulan lamanya kesedihan itu menjerut tangkai hatinya dan semenjak itulah Salmah tidak lagi mempeduilkan keadaan anaknya.
Aifa yang terkapai-kapai mencari secebis kasih sayang dan perhatian dari seseorang yang bergelar ibu akhirnya terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat kerana terpengaruh dengan rakan-rakan sebayanya yang suka melepak,ponteng dan bermacam-macam lagi kegiatan yang tidak berfaedah.Aifa lebih suka keluar dengan rakan-rakannya daripada duduk di rumah.Bagi Aifa,rumahnya bagaikan tidak bernyawa lagi sejak kehilangan papanya dan tidak ada serinya lagi dengan keadaan ibunya yang selalu bersedih dan terus-menerus meratapi kematian papanya.Malah,dirinya sendiri tidak dipedulikan.Aifa akan keluar pagi-pagi lagi dan hanya akan pulang ke rumah lewat malam.Dan kadangkala Aifa langsung tidak pulang ke rumah.Pelajarannya juga diabaikan,dia kerapkali melanggar peraturan sekolah dan rentetan dari terlalu banyak masalah disiplin,Aifa dibuang sekolah.Salmah yang telah dapat menerima kematian suaminya dengan hati yang redha akhirnya sedar dari kesilapannya yang mengabaikan anaknya,tetapi semuanya sudah terlambat,nasi sudah menjadi bubur.Aifa langsung tidak mempedulikan nasihat Salmah lagi.Aifa melayannya acuh tak acuh.Tetapi Salmah tidak mengambil hati dengan sikap anaknya walaupun hatinya bagai dihiris sembilu dengan sikap Aifa.Salmah tahu,silapnya kerana telah mengabaikan Aifa setelah kematian suami.Dia berasa sangat bersalah kerana dia merupakan salah satu sebab Aifa berubah laku dan bersalah kapada suaminya kerana tidak mampu mendidik Aifa menjadi anak yang solehah seterusnya menjadi ibu dan ayah yang baik untuk zuriatnya itu.
Salmah tersentak dari lamunannya yang panjang apabila terdengar dentuman pintu yang kuat.Salmah beristighfar di dalam hati kerana telah jauh mengelamun.Salmah tahu,pastinya dentuman itu datang dari bilik Aifa.Sebaik saja memandang kearah tangga,Salmah melihat anaknya yang telah siap berseluar jeans dan mengenakan baju t berwarna biru yang berlengan pendekSalmah mengelengkan kepalanya kerana dulu Aifa tidak pernah berpakaian ekstrem sebegitu."Pasti Aifa nak keluar lagi",bisik hati kecil Salmah.Aifa hanya menjeling ibunya dan terus melangkah kea rah pintu depan rumah.Salmah terkocoh-kocoh mengekori langkah anaknya.Hajat di hatinya adalah untuk menghalang Aifa keluar.Salmah memaut lembut lengan anknya."Aifa nak ke mana?",soal Salmah."It's none of your business ok?".Kasar jawapan Aifa."Aifa,janganlah keluar nak.Temankan ibu di rumah ye?Kita boleh masak sama-sama,pastu makan sama-sama,berbual atau menonton tv sama-sama.Aifa kan suka baring atas riba ibu sambil tonton tv.Ibu rindu la nak buat semua tu dengan anak kesayangan ibu ni.Dulu Aifa selalu temankan ibu,Aifa ingat tak?",Salmah memujuk lembut."Ah,tu semua dulu la bu,sekarang tak lagi.Ibu kan lebih suka duduk memerap dalam bilik,bertemankan airmata.Hei,mana la ibu perlukan anak ibu ni lagi.Sejak kematian papa,ibu dah lupa kan ibu masih ada seorang anak yang bernama Aifa,yang perlukan kasih sayang ibu,perhatian dari ibu.Selama ni Aifa jaga diri Aifa sendiri.SENDIRI,understand??Aifa bukan anak manja lagi.So,jangan nak menyekat kebebasan Aifa!!Aifa dah besar,and for your information..Aifa suka dengan cara hidup Aifa sekarang..Kita buat hal masing-masing,ibu buat hal ibu dan Aifa akan buat hal Aifa!!!!"tengking Aifa kepada ibunya.Matanya mencerlung memandang ibunya,bagaikan ibunya mangsa yang hendak diterkamnya.Tangan Salmah yang memaut lembut lengannya juga direntap kasar sehinggakan Salmah terjatuh.
Walaupun Salmah terjatuh,Aifa langsung tidak mempedulikan ibunya,hatinya bagaikan beku.Aifa terus menghidupkan enjin skuternya..Salmah meraih seluruh tenaga yang ada,bangun mengejar skuter milik anaknya walaupun dirinya dalam keadaan sakit.Salmah nekad,hari ini dia perlu menghalang Aifa sedaya upaya daripada keluar bersama rakan-rakannya yang rosak akhlaknya itu.Dia tahu dia masih mempunyai peluang kerana Aifa belumpun berlalu pergi.Salmah bukannya mahu menyekat kebebasan Aifa,tetapi dia tidak mahu anak kesayangannya itu terus hanyut dibuai gejala-gejala yang tidak berfaedah.Salmah mahu anaknya kembali menjadi Aifa yang dulu,"Ya ALLAH,kembalikanlah Aifa,anakku yang dulu.Aku rela nyawaku diambil,tapi janganlah Engkau mengambil sifatnya yang aku rindui Ya ALLAH",sayu Salmah berdoa di dalam hatinya kepada Yang Maha Esa.Salmah masih cuba memujuk anaknya yang masih tidak dapat menghidupkan skuternya walhal Aifa teringin benar pergi dari situ kerana menyampah memandang ibunya yang dirasakan hanya berpura-pura mengambil berat tentang dirinya."Sedarlah nak,jangan la kamu terjebak dengan kegiatan yang tak bermoral lagi.Pintu masih terbuka luas untuk Aifa berubah,Aifa masih ada peluang",dalam kepayahan Salmah menuturkan kata sambil menahan kesakitan akibat kepalanya terhentak batu semasa terjatuh tadi."Sudah la bu,boleh jalan la dengan takzkirah ibu tu.Aifa muak,meluat dengan ibu.Jangan tunjuk baik la bu.Ibu ni kan dah terhantuk baru terngadah tau tak?Sudah,lepaskan tangan Aifa,Aifa mahu pergi!!",marah Aifa dan berlalu dengan skuternya yang telah berjaya dihidupkan.
Salmah masih tidak berputus asa,dia terus berlari dalam kesakitan mengejar skuter Aifa yang meluncur laju.Walaupun berkali-kali Salmah jatuh,dia terus dan terus mengejar anaknya sekuat hatinya sehainggalah dia berjaya memegang lengan anaknya,tetapi Aifa menarik kasar tangannya dan menyebabkan ibunya terjatuh sekali lagi.Benarlah kata orang,kasih ibu membatasi segalanya,Salmah bangun dalam kesakitan yang teramat,ingin terus mengejar anaknya.Akan tetapi,malang tidak berbau,apabila sampai di persimpangan jalan,Salmah yang bersungguh-sungguh mengejar anaknya tidak sedar akan sebuah kereta yang meluncur laju ke arahnya.Salmah hanya mampu menyebut 'ALLAHUAKBAR' dengan kuat sebelum badannya terpelanying ke tepi jalan.Aifa yang tidak jauh dari situ mendengar laungan kuat ibunya dan dentuman akibat perlanggaran tersebut menghentikan skuternya dan berpaling mencari wajah ibu yang dikasihi.Sejahat manapun dia sebagai seorang anak,hakikatnya dia amat menyayangi ibu yang telah melahirkan dan telah banyak berkorban untuknya,cuma hatinya degil,mahu menunjukkan egonya.Tercengang Aifa apabila melihat tubuh ibunya yang telah terpelanting dan berlumuran darah.
Aifa menjerit memanggil ibunya dan meluru mendapatkan ibunya."Ibu!Jangan tinggallkan Aifa bu.Aifa sayangkan ibu,Aifa perlukan ibu.Aifa bersalah,Aifa mintak maaf.Tapi tolong la bu,jangan tinggalkan Aifa!!!",laung Aifa sekuat hatinya dengan linangan airmata.Kepala ibunya dipangku di atas ribanya dan dia mengucup dahi ibunya berkali-kali walaupun ibunya itu berlumuran darah.Salmah tersenyum dalam kesakitan dan menyahut lembut kata-kata anaknya,"Ibu pun sayangkan kamu nak.Ibu tak pernah berkecil hati dengan sikapmu.Ibu bersalah mengabaikanmu setelah kematian papamu,ibu mintak maaf.Ibu terlambat menyedari kesilapan ibu.Ibu tak dapat mendidikmu dengan sempurna.Mungkin sudah tiba masanya ibu pergi,menyahut seruan Ilahi,mengikut jejak papamu.Jaga diri kamu baik-baik ya Aifa.Ibu dan papa sentiasa menyayangi dan mendoakan kebahagianmu,anakku.Berubah la menjadi Aifa yang dulu",tenang Salmah menuturkan kata walaupun tersekat-sekat.Dan itulah kata-kata terakhir yang Aifa dengar dari bibir manis ibunya yang selalu menasihatinya.Aifa sayu dengan apa yang berlaku."Tidak bu,ibu tak boleh tinggalkan Aifa,tak boleh!!Aifa dah takde sesiapa lagi selain ibu",bisik Aifa ke telinga ibunya dengan rembesan airmata yang sedari tadi setia menemani setiap kata-katanya."Ya Allah,panjangkan umur ibuku,janganlah Engkau ambil nyawanya.Aku sayangkan dia Ya Allah.Aku dah takde sesiapa lagi selain dia",doa Aifa dalam hati.Tetapi sesungguhnya,ALLAH Maha Berkuasa,Dia yang mencipta dan memiliki,ajal maut di tangannya.Salmah meninggal di tempat kejadian sebelum ambulans sempat tiba.Begitulah dalamnya kasih seorang ibu terhadap anaknya.Aifa meraung sekuat hati sambil mengoncang tubuh ibunya."Ibuuuuuuu!!!
****************************
Aifa kembali ke alam nyata.Peristiwa yang sudah 2 tahun berlalu itu masih segar dalam ingatannya.Mana mungkin dia melupakan peristiwa yang telah meragut nyawa ibunya.Semuanya salah dirinya.Ya!!Salah dirinya.Terlampau banyak dosanya kepada ibunya.Sungguh,sampai ke hari ini dirinya menanggung rasa bersalah itu walaupun ibunya sudah memaafkannya.Seandainya waktu dapat diundurkan,Aifa ingin sekali mengubah segalanya.Dia tidak akan menjadi anak yang derhaka kepada ibunya.Aifa sedar,nasi sudah menjadi bubur.Kalaulah dulu dia mendengar kata-kata dan nasihat ibunya,tentu dia tidak akan menjadi anak yatim piatu yang mewah dengan harta benda tapi miskin kasih sayang.Dia tahu,syurga seorang anak terletak di bawah kaki ibu,tapi dia mempunyai dosa yang besar terhadap ibunya.
"Oh Tuhan,ampunkanlah dosa hambamu ini terhadap ibuku.Semoga Engkau tempatkan dia dalam kalangan orang yang beriman dan cucurilah rahmat-Mu kepadanya,Ya Karim.Amin...."detik hati kecil Aifa
Sungguhpun dia sedih dengan kematian ibunya,dia tidak meratapinya kerana dia yakin dengan qadak dan qadar Allah.
"Oh ibu,Aifa rindukan ibu",bisik Aifa memandang gambar ibunya.....

Tuesday, August 24, 2010

Ibu Misali



PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam eratsatu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan PuanAfifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "
Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadisberkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorangwanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naikke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yangkelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja merekadijemput?
Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakaisepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudungungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orangpenerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Diaberalih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yangakan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedangmenanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejapberpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru mudayang dipakainya.'
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada bukunotaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untukmemastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku.Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar danmajalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah beradadalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di ataspentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan,memberi salam.
Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduksemeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat merekabalas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah,kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yanggilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihakpenganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorangpenerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."
Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepadapercakapan gadis itu.
"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjahkebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkatsaya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang palingmalang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkatuntuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"
"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedangpergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itupasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakamanvideo yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, sayaharus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukanterdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan,pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "IbuMisali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran."Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakinkedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedangmerangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot keruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpautpada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur kedalam bilik itu, ialah Abang Andak."
"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikaldan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidakboleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahirhinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat,seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Merekamenonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telahmenjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengansungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum danberak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayanmakan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburuiabang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewadaripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakithati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."
"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?"Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itutelah menyemarakkan api radang saya.
"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanyauntuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Merekacacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah makterpaksa membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semuaanggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidakbuta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"
"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiapkali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi,kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalubodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cumasekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan ataumenukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu.Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakakterkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampinmereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahumereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu,memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dankakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Sayapernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun."Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayahorang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukanpetugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali sayamencadangkan hal itu.
"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluaryang telah sedia terentang di hadapannya."
"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia duabelas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun.Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkanuntuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah,berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abangdan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadisitu.
"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dankakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukupmenyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakakbenar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long engganmakan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik menciritsaja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main airketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjangpula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "
"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh sayalunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terusmelarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumahmak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akanke rumah ibu untuk mencari ketenangan."
"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirahkepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lainyang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibubagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."
"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabilasituasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkansaya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjagasaya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya makdapat menjaga seorang anak normal.
Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."
"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintardan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula denganmenjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masihdapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggalbersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangiMirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibutahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekalasaja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjagaabang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguhhati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kenalempanglah."
"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun sayatahu saya bersalah.
"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yangkerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhanmak."
"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."
"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itudapat meringankan penderitaan mak.
Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."
"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."
"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baikdaripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah.Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapatbanyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulahjuga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Diaakan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia naklihat Mirah terima hadiah."
"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan keranasaya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."
"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibukandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yangdiharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru.""Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapatimak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dankakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik keranasaya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terusresah-gelisah. "
"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintubilik saya. "Mirah."
"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."
"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dahtidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dankakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Maktahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi,keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali maktak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjagaabang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"
Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahisaya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatapwajah mak ketika itu.
"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."
Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagigugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancakgugur menimpa serata muka dan leher saya.
"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalahsegala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirahtelah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah...."
"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-katayang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esaktangis.
Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan sayaterhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung danmenilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang-abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.
Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadisitu berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjahlima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah,di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengansempurna?"
"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguandaripada abang-abang dan kakak-kakak! "
"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"
Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelipmemandang saya.
"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdampingdengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolahmenengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirahsemasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.
Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata merekaterus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajahmereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadipelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan sayadaripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjagamakan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu.Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantarandidorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuhsemangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengarceritanya dengan penuh minat.
"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkanpelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususandalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya inginmenabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Disamping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat sayamanfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "
"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorangguru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazahyang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding denganmutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."
"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjagaabang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapakali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."
"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita takada, bang?" suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nakharapkan Mirah pula?"
"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkandia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."
"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasibabang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukansaudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dantubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirahdan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah danmereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."
Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduksambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin,khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.
Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenaipencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkanmak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akanmerelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untukmenerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripadaorang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "IbuMisali" yang lain.
"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyaibanyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimananmak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiadarasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara makdan ayah."
"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, makmasih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerimaanugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagisetelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga.Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan keranamahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerahini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihandan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibumuda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel,segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."
"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaansaya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagaisalah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihanmak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasibdengan mak."
"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "
Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.
Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air matakusendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadikabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancarancahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku danmenangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnyayang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.
'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusahamendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencarihelaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yangtidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan SriSalwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "IbuMisali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiahiringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sridipersilakan."
Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknyamelangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknyamenggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannyadia terduduk kembali di atas kerusi.
Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datangmendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu,beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian,seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik kepentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlahhujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...