Followers

Wednesday, March 9, 2011

CEMBURU WANITA TERHADAP BIDADARI SYURGA

PELUANG MENANDINGI BIDADARI


Antara nikmat terbesar di syurga selepas melihat wajah Allah ialah bidadari-bidadari syurga atau Hurul Ain yang cantiknya tidak terperi.

Apabila digambarkan kecantikan bidadari , melonjak semangat kaum lelaki untuk masuk ke syurga. Air peluhnya pun mengalahkan perfume yang paling wangi di dunia ini. Sebutlah apa sahaja tentang apa yang diimpikan oleh lelaki tentang wanita, sebutlah apa sahaja kecantikan yang ingin dimiliki oleh seorang wanita…apa yang dimiliki oleh bidadari lebih daripada itu. Pada diri mereka terhimpun semua pesona lahir dan batin – akhlak dan wajah yang sempurna. Tidak cukup perbendaharaan bahasa untuk menggambarkan dan tidak cukup kemampuan akal untuk dibayangkan.
Bagi kaum wanita, mungkin rasa cemburu menyelubungi perasaan. Bayangkan bidadari syurga sedang menunggu suami kita dengan penuh rindu dan setia. Bandingkan diri kita dengan badadari , perbezaan langit dan bumi sekalipun bukan gambaran perbezaan antara kita dengan mereka. Di kala kaum Adam terasa seperti hendak pengsan mengkagumi kecantikan bidadari, kaum wanita pula mungkin terasa seperti menemui maut mencemburui mereka.
Wahai para wanita….ini khabar gembira untuk semua….kita ada peluang menandingi kecantikan bidadari! Anda tidak silap membaca kenyataan ini…Kita ada peluang menandingi kecantikan bidadari. Maka bukalah mata hati, persiapkan minda kerana Rasullullah s.a.w. sendiri pernah menceritakan tentang peluang ini.Mari kita teliti sebahagian daripada perbualan antara Rasulullah dengan salah seorang isterinya, iaitu Ummu Salamah, sepertimana diriwayatkan oleh At-Thabrani.
“ Wahai Rasullullah , manakah lebih utama , wanita dunia atau bidadari syurga bermata jeli ?”
“ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada badadari-bidadari bermata jeli seperti kelebihan sesuatu yang tidak kelihatan dengan yang kelihatan.
“ Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka ?”
“ Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah . Allah meletakkan cahaya pada wajah mereka; tubuh mereka dari kain sutera;kulitnya putih bersih,pakaiannya berwarna hijau;perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya diperbuat daripada emas. Mereka berkata : Kami hidup abadi dan tidak akan mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali.Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”
“ Wahai Rasullullah, kalau wanita pernah bernikah dua, tiga atau empat lelaki lalu dia meninggal dunia.Dia masuk syurga dan mereka juga masuk syurga. Siapakah antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”
“ Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih,lalu dia pun memilih siapa antara mereka yang akhlaknya paling bagus. Lalu ia berkata: ‘Wahai Tuhanku,inilah lelaki yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku didunia.Maka nikahkanlah aku dengannya.Wahai Ummu Salamah,akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan- dunia dan akhirat.”
Subhanallah….Maha Suci Allah yang meletakkan wanita-wanita dunia yang berjaya menghuni syurga lebih utama daripada bidadari-bidadari syurga.Malah bidadari-bidadari menjadi khadam mereka di syurga. Solat, puasa dan ibadah yang didirikan adalah amalan yang akan meletakkan kita di taraf tersebut. Bayangkanlah dengan solat,puasa dan ibadah, kita akan sama cantik dengan bidadari…malah lebih uatama daripada mereka.
Apabila kita memilih untk patuh sebagai hamba Allah lalu membuktikan kehambaan kita dengan menjadikan setiap aktiviti hidup sebagai ibadah untuk dipersembahkan kepada Allah, menjaga setiap peraturan yang Allah tetapkan dalam syariat walaupun terpaksa mengharungi seribu rintangan dan cabaran, maka kita telah pun menempuh jalan kebenaran.Jalan kebenaran ini secara automatik melayakkan kita menandingi pesona lahir dan batin para bidadari di syurga.Ketika itu, tiada lagi kebimbangan , tiada lagi kecemburuan kerana pastinya suami yang menjadi ahli syurga akan lebih terpesona dengan isterinya yang telah mencipta banyak kenangan pahit , manis, susah dan senang ketika di dunia.
Jika kecantikan lahiriah tidak mampu kita miliki di dunia, maka jangan kecewa.Usahakanlah setakat yang termampu dicapai berpandukan syariat,tetapi yang paling penting ialah memfokuskan usaha kepada membina kecantikan dalaman hati yang penuh rasa kehambaan kepada Allah.Bagi mereka yang telah dikurniakan kecantikan lahiriah di dunia, lebih-lebih lagi perlu bersyukur dan pastikan kecantikan dalaman juga menghias di diri..Segalanya bermula di sini…..di dunia ini.Allah beri kita peluang.Terpulang kepada diri untuk merebutnya…….

        

2 comments:

  1. Jimmy Choo Shoes all 30% discount

    Jimmy Choo Shoes
    jimmy choo wedding shoes
    Jimmy Choo Boots
    jimmy choo Sandals Champagne
    jimmy choo heels
    Jimmy Choo Wedges
    Jimmy Choo Flats
    Welcome to our [url href="http://www.uubc.net"]Jimmy Choo America Shoes [/ur]Store Online. jimmy choo Leather Sandals
    Jimmy Choo Bridal ShoesSliver is a delicate and pretty choice with dresses or pants. These dainty Jimmy Choo Shoes work well with feminine attire, offering an option that works well if you prefer a lower heel.



    Roger Vierer Shoes all 30% discount

    Welcome to our [url href="http://www.rogervivier-flats.net"]Roger Vivier America [/url]Store Online.
    Roger Vivier shoes
    Roger Vivier Online
    2012 Roger Vivier
    Roger Vivier flats
    Roger Vivier Pumps

    ReplyDelete
  2. Do you like louis vuitton ? Look here: www.fashionlouisvuittonoutlet.co.uk

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...